Monday, October 18, 2010

Darwin was right. Engkau memang monyet.


Hari ini saya akan menulis dalam Bahasa Melayu, mungkin kerana saya sudah bosan menulis dalam bahasa penjajah hari hari di tempat kerja, walaupun sebenarnya sudah berkurun saya tidak menulis di dalam Bahasa kebangsaan, mungkin kali terakhir adalah sewaktu peringkat awal saya melangkah ke universiti.

Mungkin juga kerana saya bosan dengan sikap elit sebahagian manusia di sini yang mengagungkan diri sendiri kerana fasih berbahasa orang putih, bekerja sebagai penulis di antara akhbar tertua dan bersejarah di Malaya, maka mereka fikir mereka adalah berstatus lebih tinggi dari yang lain.

Saya benci dan meluat dengan sifat bermuka muka dan ker-pura puraan masing masing, rasa mual macam sewaktu mula mula saya mengandung dulu.

Bila bangun dan kaki melangkah ke sini saya selalu mengharap supaya tidak terserempak dengan mereka ini, takut apa yang dimasukkan ke perut pagi tadi akan terhambur keluar dek perangai berlagak mereka, yang macam bagus.

Kalau ikut hati saya tak mahu pergi, tak mahu berhadapan dengan orang yang egois dan berpura pura baik yang sebenarnya langsung tak tulen.

Di universiti pun ada orang orang sebegini, di tempat kerja pun saya terpaksa berhadapan dengan perkara yang sama, Mungkin ujian Allah untuk saya.

Nak tulis pun rasa seperti orang ini tidak perlu diberikan ruang di dalam belog saya, tetapi oleh kerana rasa benci yang meluap luap terpaksa juga saya beri ruang walaupun sebenarnya rasa macam nak tolak orang ini masuk dalam gaung.

Kenapa saya begitu emosi? Bukan buang masa ber-emosi untuk orang yang tiada rasa bersalah atau tiada rasa emosi atau rasa diri sangat bagus hingga tidak boleh menerima pendapat?

Kerana saya geram, saya geram kerana orang ini buta, walaupun terasa dirinya celik pelbagai perkara tetapi sebenarnya orang ini tidak reti menilai perkara yang benar benar penting dalan hidup.

Saya tak kisah berapa pedang pun awak nak cucuk di belakang saya, saya lagi tak kisah tentang mulut awak yang memang takde insuran. Tapi saya kisah kalau terpaksa berhadapan dengan awak hari hari sebab saya taknak jadi anoxeria terpaksa muntah setiap kali berhadapan dengan hujah hujah zaman purba awak.

Nasib baik saya ditugaskan di luar pejabat minggu depan, tetapi kalau tempat tu pun awak nak kawal, saya tak sangguplah. Lebih baik saya angkat kaki dan ambil arahan dari beruk di zoo.

Monday, October 4, 2010

Happiness is the colour purple.

Shab is my sister's best friend and just got hitched to my cousin from my dad's side Zaid. Congrats to both.

The weekend was exhausting..but I got to do one of my favourite things playing around with MAKEUP.

Actually, when it comes to MAKEUP am more into the nude look and I like makeup looks that make you look like enhanced version of yourself instead of having everything gooped on and the end result makes you look like someone else.

So thanks Shabana Amin for letting me make u up on your big day. Despite Ayra finishing your almond and chocolate cookies and terrorizing your room. Congratulations and may your marriage be filled with happiness and love!